Wednesday 1 July 2015

Sajak: Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku lahir sebuah nusa daripada air mata peluh tabah usaha anak-anak bangsa merah darah perjuangan perwira perkasa patriot negara ilmuwan bitara negarawan bijaksana sejarah pernah berbicara agungnya suwarnabhumi gemilangnya Kesultanan Melayu Melaka sebelum didatangi belenggu penjajahan Portugis Belanda - Inggeris - Jepun - Inggeris seteru dibanteras musuh diberantas gah megah perwira nusa didukung iltizam srikandi bangsa darurat diperangi demi keamanan polarisasi ditangani demi perpaduan demi watan demi waadat demi daulat nusa bangsa berkat sepakat muafakat umarak - rakyat bahu-membahu di medan perjuangan bantu-membantu di garis perbatasan merdekalah watan mengisi kemerdekaan terima kasih Leftenan Adnan Ibrahim Yaacob Burhanuddin al-Helmy Dato' Onn Ja'afar Tunku Abdul Rahman Tun Tan Cheng Lock K.L.Devaser Haji Ahmad Fuad Abdul Wahab Abdul Aziz Dato' E.E.C.Thuraisingam Zainal Abidin Ahmad Tun Abdul Razak Dato' Hussein Tun Dr. Ismail Abdul Rahman Tun H.S.Lee Tun V.T.Sambanthan Tun Datu Mustapha Datu Harun Tun Fuad Stephens Temenggung Jugah anak Barieng Stephen Kalong Ningkan Datu Tuanku Haji Bujang Tuanku Othman Datuk Ong Kee Hui Datu Patinggi Abang Haji Mustapha Kanang anak Langkau maka, terbentuklah Persekutuan Tanah Melayu tanah airku tanah berdaulat tanah keramat tanah nusa tanah pusaka bangsa watanku, Malaysia sejahtera detik tengah malam 30 Ogos 1957 Padang Kelab Selangor Kuala Lumpur saksi penurunan bendera Union Jack mengakhiri 446 tahun penjajahan dan, berkibarlah bendera Persekutuan Tanah Melayu di bumi kemerdekaan Malaysia berdaulat! tanggal 31 Ogos 1957 merdeka Malaysia dalam kesyukuran merdeka Malaysia dalam kebitaraan merdeka Malaysia dalam keadilan merdeka Malaysia dalam kemajuan merdeka Malaysia dalam kemakmuran merdeka Malaysia dalam keamanan merdeka Malaysia dalam kemuhibahan merdeka Malaysia dalam kebahagiaan merdeka Malaysia dalam kesejahteraan merdeka Malaysia dalam kecemerlangan merdeka Malaysia dalam kegemilangan masyhur seantero benua tersohor di dunia antarabangsa Malaysia berdaulat tanah tumpahnya darahku aman + makmur + maju menelusuri transformasi mewarnai globalisasi Daulat dirgahayu, Malaysiaku! Chai Loon Guan, MES Tg. Malim.